Thursday, July 30, 2009

Google Adsense??


Mungkin ada sesetengah pihak tidak pernah mendengar program Google Adsense ni kan, sebenarnya kalau anda semua memiliki blog sendiri, tak kiralah walaupun blog itu berorientasikan keuntungan, ataupun saja, suka-suka nak buat, apalah salahnya kalau kita selitkan kat blog kita tu dgn iklan-iklan yang dijanakan oleh Google itu, dimana setiap pelawat blog kita yang klik pada blog kita tu, kita akan dapat bayaran dari Google sebagai ganjaran kita membenarkan iklan itu diletakkan di laman web/ blog kita.

Bagi yang tak tau lagi, saya akan jelaskan serba sedikit tentang Google Adsense ni... :-)

Google Adsense ini merupakan suatu program PPC (Pay Per Click) di mana kita dapat meletakkan apa-apa sahaja iklan yang ditaja oleh Google di dalam blog kita, khususnya untuk Blogger. Apa saja yang kita taip di dalam blog kita, Google Adsense akan secara automatik mengenalpasti apakah iklan yang sesuai untuk dipaparkan dalam blog anda, bersesuaian dengan isi kandungan blog anda...(Ada kaedahnya tau!!!)

Dan kadar bayaran yang akan kita terima untuk setiap klik pada iklan yang ada dalam blog kita tu, akan ditentukan oleh Google itu sendiri mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan. Tapi saya rasa la kan, sebenarnya ramai dah tau pasal Google Adsense ni kan...???

Kadang-kadang kita ada dengar jugak, ada sesetengah orang tu sanggup jadi blogger sepenuh masa, kerana mereka dapat menjana pendapatan melalui blog/ laman web mereka sendiri, dan hinggakan ada la jugak yang menjadi jutawan.....!

Okay, bagi saya, saya lebih berfikiran agak realistik (bukan materialistik), itu adalah himpunan cerita-cerita blogger yang berjaya, namun kita juga boleh bermula secara suka-suka dahulu, mana la tau kan, ada sesetengah daripada kita ini mempunyai bakat dalam penulisan blog, dan berjaya menjana pendapatannya melalui blogging sahaja??? Hmmm, siapa la yang tau kan???

Namun, sekiranya anda ingin bermula, bermulalah dengan mencungkil serba sedikit teknik-teknik blogging yang betul, macam saya masih belajar ni lagi, dan cara-cara untuk memanipulasikan Google Adsense sebagai sumber pendapatan pasif anda!!! Kita banyak mendengar pelbagai sumber pendapatan yang boleh diperolehi daripada internet, namun bagi saya, untuk blogger-blogger amatur seperti kita ini, menceburkan diri dalam Google Adsense ni tak la merugikan, tak payah modal pun, dan kita boleh letak je suka-suka macam main pondok-pondok je... :-))

Jadi, melihatkan dalam masa sekarang ni, ramai antara kita mempunyai blog mereka tersendiri, saya menyarankan, apalah salahnya kita sesama kita meletakkan iklan Google Adsense blog masing-masing, pastu kita manipulasikan, klik sesama kita sendiri, baru sama-sama dapat duit... :-))...Jangan harap sangat nak dapat berjuta-juta lak, ni hanyalah untuk suka-suka je. Pejam celik, pejam celik, tengok-tengok duit dah masuk kan??? Hehehe....Amacam?? Ok tak idea saya???





No comments:

Post a Comment