Melihatkan ada beberapa blog yang pernah saya baca pagi tadi, iaitu blog yang berunsurkan politik, saya terlintas untuk menyuarakan pandangan saya mengenai salah satu ciri-ciri psikologi yang pernah saya pelajari secara formal di universiti.
Maafkan saya terlebih dahulu sekiranya saya ada menyinggung mana-mana pihak, terutamanya pengikut dan penulis blog terbabit, apa yang ingin saya suarakan ini adalah bukan menunjukkan saya menyokong pihak yang anda lawan itu, tapi untuk kita renungkan bersama.
Ya, sememangnya kita lihat dunia politik di negara kita ini sejak kebelakangan ini memang sengit dan penuh isu-isu kontroversi, yang mana setiap parti politik di negara kita sentiasa berlumba-lumba untuk membuktikan kebenaran masing-masing. Ada pihak yang lebih berpengaruh mempermainkan peranan media dalam mempengaruhi mentaliti rakyat dan ada juga yang sebaliknya.
Apa yang saya lihat, ada pihak yang telah mengutuk Dato' Nik Aziz sehinggakan mengeluarkan kata-kata yang berlandaskan emosi semata-mata ( maaf saya bukan penyokong kuat Nik Aziz), sehinggakan lupa melihat kebenaran yang mungkin ada pada perkara yang mereka kritik itu mengenai Nik Aziz.
Dan bila seseorang ahli psikologi mentafsirkan tindakan mereka ini, betapa ramainya rakyat Malaysia ini sering menterjemahkan sokongan politik mereka kepada cara yang lebih fanatik sehinggakan lupa bahawa mungkin ada natijah yang tidak terlihat oleh mata mereka, dan penuh emosi menyatakan kritikan-kritikan yang tidak membina langsung dan inilah kita panggil sebagai Pemikiran Emotif (pemikiran yang hanya berlandaskan emosi)
Moral: Jangan kutuk orang, Dato' Nik Aziz ke, Tun Dr Mahathir ke, Pak Lah ke, semua ada peranan masing-masing (sumbangan yang membina) kepada negara. Fikir-fikirkanlah. Kalau tak dapat fikir lagi, mungkin kita masih dalam keadaan yang emotif.
No comments:
Post a Comment