Saturday, July 11, 2009

Kehebatan Sang Pembuat Onar: Frank William Abagnale, Jr.

Anda semua pernah menonton filem "Catch Me If You Can"? Saya terpanggil untuk mengulas filem ini kerana ia merupakan sebuah kisah benar yang di adaptasikan dari seorang penipu besar berubah kepada orang yang telah memberi sumbangan besar kepada komuniti institusi perbankan dan kewangan sedunia dalam usaha mencegah isu fraud.

Ok, gambar di sebelah atas ini menunjukkan pelakon utama untuk filem tersebut, Leonardo DiCaprio sebagai Frank Abagnale Jr. di sebelah kiri bersama dengan Frank Abagnale Jr. yang sebenar di sebelah kanan tu. Lihatlah, betapa yakinnya penipu besar ini bergambar, dan seolah-olah berbangga dengan siri-siri onar yang benar beliau lakukan. :-)

Post ini bukanlah bertujuan untuk mengulas filem tersebut oleh kerana blog ini bukanlah arkib preview filem, namun marilah kita bersama-sama melihat intipati filem ini dari perspekstif yang berlainan. Kita melihat dari segi pemikiran-pemikiran yang waras bersama analisis disertai kesimpulan yang lagi rasional daripada kes yang saya ambil ini.

Ok, pada asalnya, Frankie (nickname untuk Frank Abagnale Jr.) merupakan seorang pelajar kolej yang berusia 17 tahun, mengalami krisis daripada penceraian kedua orang tuanya, mengambil keputusan untuk mencari arah tujuannya sendiri dengan cara yang onar. Ya, bukan penjahat murahan mahupun samseng jalanan, tapi menjadi "Intelligence Villain" yang terawal bijak memanipulasikan sistem perbankan dan institusi kewangan, serta soal-soal sekuriti, bagi kepentingan sendiri, dan dengan cara mendapatkan wang yang amat mudah lagi tak berkat. Aktiviti fraudismenya yang terawal ialah melakukan penipuan dari segi cheque (ataupun cek bank) bagi 'mencuri dalam terang-terangan' di institusi-institusi kewangan di seluruh dunia pada masa itu. Dalam usianya yang muda, dia sudah berjaya mengaut hampir berbillion-billion nilai matawang, hasil daripada aktivitinya yang sememangnya orang lain pun masih tak terfikir lagi perkara tu akan berlaku. (Termasuklah FBI sendiri)

Dan aktiviti beliau tu bukanlah bertahan lama, setelah 6 tahun dia menipu dengan pelbagai penyamaran, akhirnya dia dihadapkan ke muka pengadilan, dan menjalani beberapa siri hukuman penjara akibat daripada perbuatannya itu. Antara individu yang bertanggungjawab memberkas dan mengikuti aktiviti penjahat ini ialah Carl Hanratty, seorang agen FBI yang telah mengalami kegagalan nak memberkas Frankie ini, walaupun Frankie ini dah berada di depan mata. Lihatlah, betapa tingginya taraf onar yang telah dilakukan oleh Frankie ini.

Penangkapan Frankie ini telah memberi perubahan besar dalam hidupnya, dan revolusi kepada isu sekuriti sistem kewangan seluruh dunia. Carl Hanratty org yang bertanggungjawab memperkenalkan Frankie ini kepada karier "Fraud Check" bagi membantu siasatan FBI terhadap isu-isu cek palsu, dan seterusnya membongkarkan kesahihan, taktik-taktik, modus operandi sang penipu cek pada masa itu. Bermula dari itulah, beliau mula menyumbangkan idea-idea bagi memperbaharui ciri-ciri cek mahupun matawang di seluruh dunia, mengesan taktik-taktik penipuan terbaru, memberi rundingan kawalan sekuriti bagi mengelakkan penyamaran, dan pastinya, kesan yang ketara yang kita lihat pada hari ini, cek-cek bank yang kita lihat pada hari ini telah berubah ciri-cirinya kepada yang lebih baik, susah untuk ditipu dan sebagainya.

Lihatlah, bagaimana seorang penjahat, yang ramai pastinya orang akan ingat akan kejahatannya, berubah menjadi seorang penyumbang yang terbesar di dunia. Can u think of it?



No comments:

Post a Comment