Monday, October 5, 2009

Dick Tracy




Kalo masa korang kanak2 dulu, pernah tak tgk movie "DIck Tracy"?? Aku zaman-zaman tu minat gila tgk citer tu, dibarisi oleh pelakon-pelakon yang ada nama besar kat Holywood, seperti Warren Beatty, Al Pacino dan Madonna, filem tu dipersembahkan dalam bentuk komikal dan cliche'. Memang masa tu filem-filem yang nak approach sebegini, kita nampak betapa "raw"nya props yang di gunakan semata-mata nak membangkitkan mood filem seperti yang dikehendaki.


Namun zaman sekarang, bila teknologi berubah dan semakin maju, ramai pengeluar-pengeluar filem masih nak buat "remake" untuk filem-filem yang mereka mahukan, seperti Batman, Spiderman, King Kong, Bourne dan paling terbaru, Dick Tracy jugak ingin difilemkan...Pelakonnya juga pelakon fevret aku, Daniel Craig. Kalau dilihat dari trailer yang mereka tunjukkan, jelas dapat dirasakan bahawa filem remake Dick Tracy ini tidak akan dipersembahkan dalam mood asalnya, mungkin lebih berorientasikan ke arah satu filem yang berdasarkan realiti, mood yang lebih serius dan mungkin juga lebih kepada unsur2 18 SG. Sama-samalah kita nantikan nya.


Trailer Dick Tracy terbaru:


No comments:

Post a Comment