Wednesday, January 27, 2010

masih dalam pencarian

Untuk memulakan sesuatu perubahan yang drastik pastinya memerlukan daya usaha yang gigih, keazaman yang tinggi serta motivasi yang kukuh. Maka kini aku baru melalui satu fasa yang begitu sukar, yang mana fasa perancangan (Planning) sudah digambarkan dengan jelas sekali. Namun fasa yang seterusnya merupakan fasa yang kritikal, iaitu fasa Analisis, memerlukan daya penganalisis yang jitu dan juga masalah yang aku dapat lihat di sini ialah daya / kebolehan melihat sesuatu peluang.

Manusia mempunyai daya yang berbeza-beza untuk melihat peluang, namun peluang itu juga bagaikan suatu bayangan (hint) dalam proses kita menganalisis, di mana pada masa inilah ramai daripada kita menjumpai jalan buntu pra matang dalam melakukan sesuatu objektif.

Jadi, untuk meningkatkan daya boleh kita melihat peluang ialah melalui satu cara, bukan melalui teori buku, bukan melalui cara / modus orang lain, namun daripada pengalaman sendiri, di mana dengan cara inilah dapat meningkatkan daya analisis seorang manusia. Betapa luasnya pengalaman seseorang manusia itu, pastinya analisisnya semakin jitu.

Begitulah kehidupan kita seharian, lihatlah sesuatu aspek tak kiralah sama ada positif mahupun negatif dari segi natijahnya, kebenaran dan hikmahnya, kerana kebenaran itu adalah panduan manusia untuk perjalanan hidup yang akan datang.

Sekian, semoga terus berjaya dalam lapangan anda. :-)

No comments:

Post a Comment