Sunday, December 16, 2012

COOL: TIN MINUMAN YANG BOLEH DISEJUKKAN TANPA PETI SEJUK

Kalau kita ke kedai runcit untuk membeli air tin, mesti korang bukak peti ais, dan belek mana tin yang paling sejuk, kononnya alah beli, menang memakai ye. Tapi terima kasih kepada saintis saintis moden sekarang, kerana telah mencipta sebuah tin minuman yang  dinamakan CHILLCAN dimana ianya boleh menyejukkan minuman di dalamnya dengan kurang dari 2 minit!


Di bawah tin itu merupakan sebuah butang kapsul yang mengandungi gas CO2 (Carbon Dioxide), apabila ditekan, ia akan menyerakkan gas tersebut dalam minuman seterusnya menyejukkannya, tanpa perlu meletakkan di dalam peti ais.


Teknologi ini dicipta oleh Professor Roland Clift dari University Of Surrey (UK), dimana beliau mendakwa teknologi ini adalah selamat dan tidak memberi kesan kumulatif kepada alam sekitar. Chillcan dilihat sangat praktikal kepada traveller, adventurer yang mengembara di kawasan-kawasan yang memerlukan sesuatu yang boleh menyejukkan suhu badan dan kini sudah dipatenkan untuk dijualkan pada pengusaha minuman seluruh dunia.

sumber: BILLY INFO

No comments:

Post a Comment