Wednesday, December 12, 2012

KINI STEVE JOBS SUDAH ADA PENGGANTI

Mendiang Steve Jobs sudah hampir 2 tahun meninggalkan alam fana ini, dan kini, sudah digantikan dengan Steve Jobs versi yang lebih kacak dari Steve Jobs yang asal.

pose versi tidak genius
pose versi genius
Ashton Kutcher telah dikatakan masih dalam produksi filem tribute kepada tokoh pengkomputeran moden itu yang bertajuk "jOBS", di mana dijangka akan siap pada tahun 2013. 

Menurut produser filem jOBS ini percaya sungguhpun sudah pasti IQ Ashton Kutcher pastilah tidak dapat menyamai IQ Steve Jobs, namun secara zahiriahnya rupa mereka hampir serupa dan kelihatan 70% hampir serupa. Aku mula-mula menjangkakan Rob Schneider akan mengambil alih watak sebagai Steve Jobs di dalam movie ini, tapi apakan daya, Ashton Kutcher dilihat lebih berkarisma.


Tapi aku tak pernah rasa Ashton Kutcher ini dilahirkan untuk berlakon sebagai intelek mahupun cendiakawan, kerana setiap kali aku tengok muka dia, aku masih teringat-teringat aksi hebatnya dalam "DUDE, WHERE'S MY CAR?"


ZOLTAN!

sumber: mashable

No comments:

Post a Comment