Saturday, December 22, 2012

LIVERPOOL FC: SAMBUNGAN KONTRAK STERLING MENAMPAKKAN VISI

courtesy: mirror football
Sejak 3 minggu yang lepas, macam-macam spekulasi tentang masa depan Raheem Sterling, bintang muda Liverpool FC ini. Dengan agen Sterling yang mendakwa LFC masih berdiam diri dalam hal penyambungan kontrak ini, dengan Pak Alex dan Pak Wenger sibuk buat statement nak bid Sterling, tapi percayalah, hari ini merupakan hari kelegaan buat fan LFC peringkat global kerana tepat pada hari jangkaan kiamat mengarut white people, 21-12-12, Sterling telah menandatangani kontrak untuk bersama LFC untuk lagi 5 tahun.

LFC musim ni dah cukup huru-hara dengan barisan serangan yang tak klinikal, kalau Sterling enggan menyambung kontrak, boleh la kita membuat "Hari Tepuk Dahi Fan LFC" peringkat global. Dikhabarkan bahawa Rodgers telah berjaya meyakinkan bahawa Sterling berada dilandasan tepat memilih LFC dan beliau sedang berhajat memantopkan serangan LFC dengan pencalonan penyerang-penyerang baru dalam Januari 2013. 10 hari lagi, sekiranya FSG bersetuju dengan visi Rodgers, penyerang baru tetap akan tiba.

Daniel Sturridge (Chelsea), Tom Ince (Blackpool), Kevin Gameiro (PSG), Darren Bent (Aston Villa) semua berada dalam radar LFC, tapi sejak insiden Clint Dempsey beberapa bulan yang lepas, dijangkakan LFC akan menghadapi krisis membeli player baru, kerana pada Januari lah semua kelab menawarkan pemain mereka dengan memegang parang sembilhan.

Maka, sekali lagi, terima kasih kepada Sterling kerana berkomitmen bersama kami, golongan geng karam


No comments:

Post a Comment