Hello, apa khabar dan salam sejahtera untuk rakan-rakan pembaca semua. Saya memohon maaf sekiranya blog ini semakin tertangguh jua, tapi boleh la dikira sebagai improvement yang sedikit baik, sebab kalau dulu, blog saya sebulan sekali pun belum tentu boleh update lagi kan. Tapi kini seminggu dua minggu sekali dah boleh update kan? :-)
Ya Tahun Baru Cina pun dah nak tiba tak lama lagi, yang mana kita lihat budaya di Malaysia, asal cuti panjang je, ramai la berpusu-pusu orang nak balik kampung lah, nak pergi bercuti, berekreasi lagi dan macam-macam lah.....kenalan saya dari oversea pun cakap, "Malaysia ni banyak cuti, tak macam tempat aku ni, rasa nak balik sana balik lah", maka itulah keluhan seorang warga Malaysia yang bekerja di UK, yang mana kini beliau pun bunyi-bunyi dah nak balik Malaysia dah dalam masa terdekat ni. (Alasan dia: Tak Tahan dah Lama tak makan makanan kat Malaysia).
Jadi, apa yang ingin saya sampaikan ini bukanlah ingin membusukkan nama mana-mana pihak, dan bukan juga hendak menjatuhkan mana-mana pihak, apa yang saya ingin paparkan ini adalah berdasarkan dari apa yang saya alami sendiri.......
Kini Malaysia menuju ke arah negara maju, yang kita lihat betapa hebatnya persaingan di negara kita, yang mana ramai yang berlumba-lumba ingin mencapai cita-cita mereka. Ada yang ingin jadi jutawan, mat rempit (tidak di galakkan), professional.....dan kita lihat ada yang berjaya menyusuri liku-liku untuk berjaya dan ada juga yang tidak berjaya dan tersungkur di tengah jalan. Bagi yang tersungkur di tengah jalan, mereka sentiasa di sorongkan dengan pelbagai peluang dan perspektif yang ingin saya buka hari ini ialah mengenai krisis kewangan diri.
Berkisar mengenai peluang untuk meningkatkan sara diri ini, kita lihat ramai yang sanggup kerja lebih masa untuk menyara diri dan ramai pihak-pihak yang cuba membuka perspektif baru di mata masyarakat mengenai pelbagai kaedah yang mudah untuk mendapat duit dan KAYA CEPAT. Ada MLM yang menawarkan pelbagai pakej penipuan dan cakap-cakap palsu, setelah ditunggu tunggu apa yang dijanjikan tak kunjung tiba. Ada juga skim kerja sambilan dari rumah, setelah segala pembayaran dibuat, bahan yang diberikan tak seperti diharapkan dan memang MENIPU. Jadi kepada golongan yang telah tersungkur sebelum itu, pastinya tersembam pula setelah ditipu hidup-hidup oleh golongan putar belit ini dan secara tak langsung sikap mereka yang putar belit ini telah merosakkan reputasi syarikat-syarikat lain yang menawarkan kaedah perniagaan yang baik.
Maka disini, ingin saya berpesan-pesan kepada rakan-rakan untuk renungan kita bersama, sebenarnya untuk berjaya itu perlulah kita tidak perlu berputus asa lagi dengan usaha kita yang gagal sebelum ini, sesungguhnya Allah S.W.T amat menyayangi umatnya yang kuat (yakni kuat mental), dan kepada sang-sang penindas, ingatlah bahawa penganiayaan itu amatlah dikeji Allah S.W.T.
P/S: Online Store saya akan di tambah barang...rajin-rajinlah menjenguk ya...... :-)
No comments:
Post a Comment