Showing posts with label Old Post. Show all posts
Showing posts with label Old Post. Show all posts

Monday, August 2, 2010

HIDUP BUKAN UNTUK DUIT.......TAPI SEGALA GALANYA MEMERLUKAN DUIT!

ini bukan sahaja keluhan aku seorang, tapi keluhan kebanyakan warga di Malaysia. bukan menunding jari kepada senario ekonomi negara dan juga ekonomi global, tapi begitulah senario rata2 golongan di Malaysia.

kos sara diri meningkat, kenaikan harga barang, pertambahanan pelbagai kos, semuanya aturan sosio ekonomi seperti yang telah di jangka oleh rata-rata orang, yang melihatkan Malaysia lebih ramai terdiri daripada middle class yang dilihat tak berapa senang, tak la nampaknya susah, tapi cukup2 makan.

sedarkah kita? senario sosio ekonomi di Malaysia hari ini menampakkan bahawa sekiranya seseorang itu ingin meningkatkan taraf ekonomi beliau, beliau mestilah mempunyai lebih dari satu sumber pendapatan, tak kiralah masuk skim jualan langsung ke, berniaga di gerai-gerai dan pasar malam, kerja kat 7 Eleven ke malam-malam, ini jelas dapat dilihat di bandar-bandar metropolitan, yang kita lihat ada orang yang bekerja siang dan malam demi menyara kos sara hidup yang tinggi.

hidup ini bukan untuk duit, tapi kita nampak segala-galanya memerlukan wang, golongan di Malaysia kini dilihat penuh dengan pelbagai alternatif demi peningkatan sara diri mereka. sekiranya mereka hanya bergantung pada satu pendapatan, macamana nak beli susu anak, pampers anak, makan minum, bayar hutang, bayar bill dan sebagainya.

perkaitan hal ini dengan hidupku, kini aku merasakan bahawa kuasa membeliku semakin kurang, even kalau tayar bocor sekalipun, kuasa membeliku tetap tidak dapat menanggung keperluannya. Bak kata orang, "Ubah Gaya Hidup" satu tagline yang dipersendakan oleh golongan middle class, yang mana mereka semua telah menyedari jangkaan hidupnya akan datang, masuk 'U' buat PTPTN, lepas masuk kerja, bayar PTPTN, lepas tu duit EPF yang dicarum setiap bulan bakal membantu sedikit kehidupan kita bila berpencen kelak.

apapun yang saya katakan hari ini, bukanlah berunsurkan politikal mahupun coretan sinis untuk pemerintahan hari ini, namun saya menolak semua idealogi politikal, dan mempertimbangkan nasib ekonomi saya yang akan mendatang, andaikan pemerintahan hari ini mendengar suara aku, maka aku yakin suaraku ini mewakili berjuta golongan middle class di Malaysia hari ini. Dan kita lihat juga, graduan Universiti juga masih bergelut dengan kemelut ekonomi dan masih berada dalam golongan middle class sampai mereka tua. What Do You Say?

Tuesday, June 29, 2010

berdangdut sambil berdakwah

wah, macam sesat je bunyi tajuk post aku kali ni kan? actually bukan kesesatan, tapi selingan2 dalam korang yang suka blogwalking hari2 tu, macam2 entri yang kita jumpa kan....

so apa kata kita layan lagu ni....maybe yang tak biasa, yang layan indie ke, metal ke, rock ke, mesti nak tergelak mahupun memandang serong kepada lagu ini, namun kita kan orang Melayu, sekali sekala kena juga ada naluri nak mendengar sesuatu yang dibuat oleh rumpunan orang Melayu tak kiralah melayu di mana sahaja. tambah2 lagu ni kan mengisahkan sesuatu yang baik. so, layannnnn!!!



aku yang pasif

lama betul tak tulis apa2 kat sini, adakah aku mati idea? mahupun aku kurang peka dengan blog aku? adakah kerana terlampau sibuk memantau World Cup match ataupun di ambang kebosanan yang melampau?

hmm, aku rasa jawapan aku sbb aku terlampau bosan, bosan dengan rutin harian yang sangat2 tipikal, dan aku sampai tak tau nak buat apa lah ngan kehidupan aku esok hari. tapi sejak2 kebelakangan ni ada satu perkara yang betul2 menghantui diri aku sejak 2 tahun yang lalu.......

aku kerap kali teringatkan tentang keMATIan, hatta melihatkan haiwan mati sekalipun, aku menjadi trauma dalam apa carakah aku akan mati? adakah mati di usia muda, mahupun di usia tua, adakah kematian aku sadistik mahupun sebaliknya?

dan begitulah trauma ku kadang2 kerap kali menghantui diriku, dan seolah2 masa yang aku lalui tu berdetik sangat2 terpantas sepantas yang tidak dapat ku bayangkan. dan aku menghitung dan mengimbas kembali apa yang telah aku lakukan semasa sepanjang hidupku? dan aku sentiasa memikirkan tentang hal2 yang tidak pernah selesai. dan aku juga kerap memikirkan adakah aku akan menempuh2 saat2 itu keseorangan mahupun ditemani orang2 yang tersayang. dan apakah rasa apabila aku ditempatkan di dalam kubur yang sempit, gelap dan keseorangan di dalam itu.

begitulah betapa kroniknya konflik hidupku..... :-(

Wednesday, June 2, 2010

ATASBAWAHATASBAWAH: CROC MENGHINA ALLAH?

Sandal Croc skrang ni memang dah jadi satu trend kat Malaysia, dari orang kecik sampai la ke dewasa yang pakai, tapi satu jelah yang tak terpengaruh kot ngan trend kasut Croc, seperti golongan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang mungkin menganggap sandal Croc ni agak ekstremist ngan penampilan mereka.

Tapi rasanya kepada golongan Muslim yang meminati jenama ini, maka kat sini aku nak nasihatkan, sudah menjadi KEWAJIPAN anda memboikot jenama ini kerana secara halusnya memang ianya menghina Allah S.W.T, dan kita pun tau kan, serangan psikologi, mental dan juga fizikal ke atas umat Islam sekarang ni makin menjadi-jadi. Actually gambar yang aku paparkan kat bawah ni aku tak tau sapa tuannya, tapi aku, sebagai seorang Muslim, merasa terpanggil untuk menyebarkannya bagi saudara2 Muslimin dan Muslimat yang lain-lain tu.

Sila perhatikan betul-betul ye:-

Lihatlah betul-betul ngan mata zahir dan mata hati korang semua, betapa celakanya golongan kafir hari ini, menghina Islam. Banyak lagi yang tak terbongkar dan aku masih mencari cari apa lagi yang patut kita tahu. Maka terpulanglah la kat korang yang mana-mana pemilik croc tu, biar pun mahal tak ingat sandal Croc kita, namun kesedaran kita tu penting. Jangan lak korang cakap korang tak berniat sebegitu, ni pun korang dah tau. Dan ingatlah:-

"NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"

Maka it's up to you to do with your Croc. Sila sebarkan pada golongan Muslim yang lain. Fikir-Fikirkanlah dan Selamat Berblog Walking

Wednesday, May 26, 2010

Akaun Google aku yang telah 'disabled'!

Pelik bin Ajaib....
Ya itulah yang mampu aku perkatakan, apesal tah tiba2 account aku telah di disabled kan oleh Google....
Tanda amaran:-

" Sorry, your account has been disabled"

Deboooom!!!! Macam batu menghempap kepala aku..........apakah dosa akuuuuuuu??????!!!!!! Jadi aku ni dah la blogger amatur, jadi timbul kekeliruan kat sana, lepas aku try recover berkali2, tetiba boleh......Pelik kan?

So anyone yang mahir dalam case2 macam ni? Mungkinkah ini kerja2 hacking menhacking, ataupun aku melanggar terms of use Google? atau adakah orang dengki mendengki mahupun ada kesilapan teknikal?

Wahhhh, bahaya la macam ni....tak baik untuk bisnes, better find another solution ataupun aku sendiri nak tanya Google?

Friday, April 30, 2010

Pulang Kembali Ke Dunia Blog

Setelah melalui beberapa siri kesibukan yang menyelubungi rutin kehidupan seharian, maka kini aku kembali bak kata iklan lama-lama:- "TORA DATANG LAGI!" (siap ngan lagu background funky nya) HAHAHAHAHA!

Maka kesibukan aku sebenarnya tidak membawa sebarang cerita menarik yang sememangnya kisah perjalanan hidup aku bukannya menarik sangat, kecuali die hard fan (kipas susah mati) yang sudi membaca blog picisan ni, tapi aku rasa blog aku bukannya ada die hard fan pun.

Huru hara aku rasa Malaysia hari ini (bukan rancangan MALAYSIA HARI INI), suasana politikal yang penuh dengan politikus, peperangan psikologi meracuni minda pembaca melalui penguasaan media, hinggakan kita tidak tahu melihat mana satu yang betul yang salah juga penyakit sosial yang menjalar ke dalam kehidupan masyarakat kita hari ini, kemanusiaan yang kian luntur dalam peradaban manusia hari, dan mungkin juga aku boleh katakan membaca suratkhabar, menonton berita Perdana di televisyen seolah-olah bagaikan 'racun' di dalam minda, yang membuatkan aku kian menepis segala normal-normal kehidupan aku sendiri.

"Dunia Hari Ini Kian Sakit, Untuk Mengubatinya, Perlulah Merawat Hati Yang KIAN GELAP"

Wednesday, April 14, 2010

MUSIM DEMAM KEMBALI LAGI

Hmm, mula-mula semalam aku yang demam, lepas tu wife aku lak demam, lepas tu aku kena suspek denggi lah, macam-macam lagi lah.....
Jadi sekarang ni korang berhati-hati lah ye, musim denggi menyerang kembali dan apa yang lebih buruk, H1N1 gelombang kedua dah datang kembali, janganlah korang ambil sambil lewa ye kerana kelekaan kita semua boleh membawa maut.

TIPS-TIPS UNTUK MENGHINDARI H1N1

  • SENTIASA MENCUCI TANGAN -digalakkan sentiasa membawa hand sanitizer yang boleh didapati dikedai
  • MEMAKAI TOPENG/MASK -topeng ULTRAMAN dan MASKED RIDER dan seumpamanya tidak digalakkan oleh KKM
  • GUNAKAN TISU ATAU KAIN SEMASA BERSIN- jangan gunakan seluar dalam mahupun kain buruk lap meja semasa bersin. Dan jangan guna baju orang lain semasa nak bersin.
  • CEPAT-CEPAT KE HOSPITAL JIKA DEMAM- melainkan demam cinta dan angau.
So anda semua jagalah kesihatan ye...

Friday, April 9, 2010

I AM SAM


"FULL OF EMOTIONAL THAT EXPRESSED IN VARIOUS COLOUR-SAD, HAPPY, FUNNY, BUT THE MAIN POINT IS; IT'S ALL ABOUT A TRUE LOVE"- Mokhriz Mohammed

Cinta yang dapat dilihat melalui filem ini bukanlah filem cinta yang biasanya melibatkan adegan cium-mencium, gomol-menggomol mahupun 'ehem-ehem', namun filem ini menunjukkan bahawa cinta yang lahir dari hati seorang bapa yang cacat mental terpaksa mengharungi dan berjuang bagi terus demi anaknya yang telah ditinggalkan oleh ibunya yang tidak bertanggungjawab pada hari kelahirannya, namun KECACATAN BUKANNYA PENGHALANG UNTUK SEORANG BAPA MENCURAHKAN DAN MELIMPAHKAN KASIHNYA PADA SEORANG ANAK. Kerana kasih sayang itu lahir dari naluri dan perasaan manusia yang tidak dapat digambarkan tanpa mengira apa jua keadaan manusia itu, dan kasih sayang dan cinta bukan hanyalah berbaur dengan kebahagiaan dan kegembiraan semata-mata, namun ketabahan, kecekalan dan kejujuran adalah landasan untuk seorang manusia untuk melalui hari-hari yang mendatang.

Maka, hargailah segala kasih yang dicurahkan oleh seorang bapa tanpa mengira beliau bagaimana rupanya. Dan kasihilah orang tua anda sebagaimana mereka mengasihi diri kita semasa kecil.

SEKIAN

Wednesday, April 7, 2010

BAHAGIAnye SAYA.... :-)

saat-saat indah seorang bapa ialah melihat anaknya membesar dan mengalami perubahan alami, dan mungkin minggu lepas saat-saat paling membahagiakan diri aku kerana Muiez sudah semakin pandai dan responsif mahupun aktif dan dalam banyak2 aku sibuk snap gambarnya, mungkin gambar inilah yang paling membuatkan aku selalu tersenyum... :-)

\
maka tak terucaplah diriku melihatkan anakku sering tersenyum begini apabila melihat kami bersamanya... :-)

Monday, March 22, 2010

bercadang ingin buat tutorial untuk anda semua

salam 1 malaysia,
aku ingat aku masih dalam research lah nak buat tutorial berkaitan dengan kemahiran aku sendiri untuk dikongsi bersama korang kan, mana boleh makan sorang2 kan... :-P

tapi apakah tutorial yang aku akan ketengahkan itu? adakah teknik2 Kamasutra mahupun teknik membuat petai jeruk dan juga yang lain2? haaaaaa, sama-sama la nantikan....

maybe sekarang ni dah sampai masa dah aku nak kongsi sesuatu yang sangat informatif untuk korang-korang semua, asek2 aku ni dok merapu je dalam blog aku ni, sian blog aku ni menjadi tempat melepaskan rapuan aku, hinggakan kadang2 korang pun terpaksa membacanya... :-D

oklah...nak out dulu...bye!

pukulan FACEBOOK untuk student




aku terbaca ada kajian yang dijalankan oleh salah sebuah organisasi di Amerika Syarikat, tapi maaf lah tak ingat sangatlah detailnya, tapi menarik jugak fakta kajian yang mereka dapati tu, mengenai salah satu web sosial popular hari ini, Facebook :-)

Hasil kajian mereka ialah:-
"Menurut kajian, hampir 64% dari jumlah pelajar yang gemar melayari laman sosial Facebook akan mengalami kemerosotan dalam pelajaran mereka berbanding dengan pelajar yang tidak melayari laman Facebook"

aku rasa betul jugak diaorang punya fakta tu, tgkla aku ni dok hanyut lagi main ngan Facebook padahal esok pagi tu exam.....bukan calang-calang paper esok, Database System. :-D

korang lak camna ye? boleh jugak aku nak terbitkan fakta terbitan dari fakta kat atas ni:-
"Sapa-sapa yang melayari Facebook pastinya hanyut-hanyut sangat, bagi golongan pekerja, pelajar, bos, manager, majistret mahupun Kasim Selamat, pastinya tak jadi satu hapa pun kerja oleh kerana pukulan Facebook ni!"--- HAMIK KAU!
Moral: Jangan kuat ber FB.....fikir fikirkanlah dan selamat berFB... 

Friday, March 19, 2010

MINGGU FINAL EXAM!

mungkin seminggu dua ni aku takde topik sangat kot nak calit mencalit di dalam blog ini, dek terlampau sibuk melayan minggu peperiksaan, sedar tak sedar aku cuma tinggal satu lagi subjek, lepas tu projek dan praktikal, cepatnya dirasa 4 tahun aku study di MSU ni, kelmarin paper Digital Signal Processing, maka satu kelas tak dapat dengan jayanya sebab lecturer berhenti di pertengahan semester dan berganti pada beberapa minggu nak final exam, maka banyak la silibus tu tak abis diajarkan, lecturer baru pun tgh amik tune untuk ajar balik student sebab dah lama tinggal bidang pendidikan ini, jadi dalam situasi ni, yang mangsa, kamilah yang tak dapat buat apa-apa termasuklah berbuat apa-apa masa jawab exam.

maka esok pula paper killer jugak, JAVA Programming, yang mana aku terlalu jahil kot untuk programming ni, yang mana aku sendiri pun tak berapa expert dalam knowledge programming ni dan malam inilah aku buat perjuangan terakhir untuk menyelamatkan paper JAVA aku agar aku dapat mengekal rekod bersih tak pernah failed lagi mana-mana subjek sepanjang study di MSU ni.

maka, aku memohon izin dulu, untuk sambung membaca buku JAVA yang memang tebal mengalahkan 2 buah kamus dewan. :-)

Wednesday, March 17, 2010

perbezaan antara LUKE SKYWALKER dengan LUKE FILEWALKER

Esok pagi first untuk final exam paper (digital signal processing), tapi itu semua bukan masalah untuk aku curi curi berblogging untuk hari ni... Hehehe, sejak 2,3 bulan lepas aku ternampak la betapa kuatnya pengaruh Star Wars dalam kebanyakan orang kan...? Pada peminat Star Wars, mesti ada tak dapat menafikan bahawa punya la fanatik orang terhadap filem Star Wars hinggakan ada yang melahirkan 'agama' yang berdasarkan dari Star Wars, iaitu kepercayaan terhadap force yang sering-sering disebut oleh Jedi-Jedi dalam citer tu.... ala...tagline dia macam ni la....
"MAY THE FORCE BE WITH YOU"
Itu kalau Jedi-Jedi yang normal la, kalo yang kurang normal sikit macam Master Yoda tu, macam ni la lebih kurang bunyinya:-
"WITH THE FORCE YOU MAY BE WITH"
Hehehe, kali ni aku nampak pengaruh Star Wars ni dalam perisian Antivirus Avira plak kan, yang free-edition untuk user-user yang sayang duit nak beli anti-virus berbayar, macam aku ni contoh la....Dulu aku pakai Kaspersky Internet Security yang berbayar kot, tapi apa kan daya, license dah expired, apa lagi aku nak buat kan...hehe....


Jadi mula-mula aku mukadimahkan lah sapa tu Luke Skywalker:-


Haaa, dia nilah merupakan generasi Jedi yang mula-mula selepas kejatuhan Jedi masa era kebangkitan semula Sith. Merupakan anak kepada Darth Vader a.k.a Anakin Skywalker yang menerajui kepemimpinan Sith, Empire yang berdaya onar untuk menakhluki galaksi. Ironinya, Luke Skywalker pulak menerajui gerakan anti Sith, Rebellion yang sengit mematahkan dan melumpuhkan apa-apa aktiviti onar Empire.

Manakala yang di bawah ni pulak apa itu Luke Filewalker plak:-


Hai, sah sah la sapa-sapa yang develop Avira ni kuat sangat tengok Star Wars sampai masa nak develop program ni pun termasuk pengaruh-pengaruh Star Wars. Jangan-jangan masa develop software ni, diaorang sambil tengok Star Wars kot...haha...

Ok...ok.....aku nak sambung baca buku...esok lak aku tulis....salam sejahtera... :-)

Tuesday, March 16, 2010

ANTARA NUFFNANG DAN ADVERTLETS?

 

OR



AKU SEBENARNYA TAK TAU LA NAK PILIH MANA SATU KAN.....NUFFNANG ACTUALLY DAH LAMA MENAPAK DALAM BLOG NI, TAPI EVERYTHING SEEM LOOKS LIKE VERY SLOW, KADANG-KADANG IKLAN TAK KELUAR, SAMPAI BERBULAN-BULAN PUN ADA GAK TAK KELUAR LANGSUNG. TAPI NUFFNANG NI KALAU DILIHAT BERBANDING DENGAN ADVERTLETS, BANYAK KELEBIHANNYA LAGI.

OK, BILA MANA-MANA NUFFNANGERS NI DAH DAPAT GLITERATTI, MAKA MEREKA AKAN DAPAT WIDGET YANG DRIVE TRAFFIC KE DALAM BLOG KITA, KITA PUN SAMA LA BOLEH TENGOK BLOG-BLOG NUFF YANG LAIN, THAT'S WHY NUFFNANG IS SOOOO SPECIAL, :-). SEMALAM AKU LETAK ADVERTLETS DALAM NI, (haaa yang belah kanan ni....rajin2 ye korang klik ye..hehehe), LEPAS JE SAVE SETTING TU, PUP! TERUS KELUAR IKLANNYA, TAK BERHENTI-HENTI LAK TU. HEHEHE.....SO AKU PUN LETAK LA DUA-DUA SEKALI. :-D

TAPI AKU PIKIR JUGAK, SEBENARNYA TUJUAN AKU BLOGGING MASA MULA-MULA DULU, AKU JUST NAK CUBA TAJAMKAN SKILL PENULISAN AKU, DAPAT BERTUKAR-TUKAR DAN BERKONGSI APA-APA YANG AKU TAK TAU. ACTUALLY, RIBUAN TERIMA KASIH AKU UCAPKAN PADA RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG LAIN, DENGAN TENGOK BLOG MEREKA, BANYAK YANG AKU TAU DARI TAK TAU, YELAH, HIDUP LAMA DAH BAWAH TEMPURUNG, SEKALI KELUAR MACAM NI, BANYAK LA NAK KENA KEJAR KAN...LAGI SATU, DENGAN BERBLOGGING NI, AKU BANYAK BUAT RESEARCH DARI BLOGGER-BLOGGER BERJAYA, MACAMANA NAK OPTIMIZEKAN BLOG, MACAMANA NAK BUAT PENULISAN BLOG YANG MENARIK ORANG, BILA KITA TGK IDEA ORANG, KITA NAMPAK BAGAIMANA CARANYA TU BERJALAN, TAPI BILA NAK BUAT DARI IDEA SENDIRI, MAYBE AMIK MASA LAH SIKIT. :-) (takkan aku nak ciplak orang punya kan?)

SO MANA NAK PILIH, MANA NAK AMIK, TAK TAU LA....HUH

BRIT-POP IS STILL IN MY HEART

Saya ni dah lama mendengar muzik-muzik alternative, hmmm, maybe sejak tahun 1993 lagi, yang mana masa tu pengaruh muzik glam rock seperti Guns N' Roses, Nirvana, Metallica pada masa tu sudah dikira penghujung-hujung dah bagi saya, maka pada masa itu saya lebih banyak menceburi muzikal yang lebih simple, dan kira bertenaga bersesuaian jiwa-jiwa remaja pada masa tu, saya telah menceburi era-era Pop Punk / Punk Rock seperti Green Day, Blink-182 dan sebagainya lagi. Tapi sambil-sambil tu saya layan la jugak muzik lain pada masa yang sama, seperti Cromok dan sebagainya lagi.

Selepas itu, di UiTM, saya semakin nampak perlahan agaknya, sudah mula meneroka dunia muzikal saya ke arah Brit-Pop, lebih kepada Blur, Oasis (sebelum tu saya layan jugak), tapi lebih menumpukan kepada Brit-Pop, yang saya lihat direksi muzikal mereka lebih dilihat berada 'dalam dunia mereka sendiri', yang saya pikir agaknya sebenarnya Brit-Pop ini sebenarnya mereka cipta atas tujuan untuk syok sendiri, bukan untuk golongan ramai walaupun mereka di label yang komersial. Pada ketika itu saya juga melayan muzik 'underground' tempatan seperti Seasonal Abyss, Spunky Funggy, Prana dan sebagainya.

Namun kehadiran Blur di dalam pengaruh muzikal saya benar-benar menjadi titik tolak untuk saya beralih pandangan terus ke arah muzikal Brit-Pop yang dilihat kurang menarik untuk diterokai majoriti, dan hanya untuk dilayan oleh golongan yang 'syok sendiri' aje. Maka saya pun berminat menerokai dunia ini tanpa menoleh ke arah band-band US yang lebih dilihat typical, stereotype yang mana pada masa itu, jika mereka ada Staind, maka wujud pulak band yang lebih stereotype kepada mereka, 3 Doors Down. Pengaruh Eddie Vedder pada masa itu dilihat menyerap rata-rata band mainstream US yang agak bosan scene di sana bagi saya.

Maka bermulalah dari Brit-Pop, merebak kepada mengenal Starsailor, Placebo, Interpol dan banyak lagi. Tak larat jugak la nak tulis, sampai tak ingat pun ada. Namun hari ni, saya semakin perlahan dalam pengaruh muzikal saya, tidak mendengar muzik keras-keras, lebih kepada yang relax-relax sahaja... mungkin dah makin tua agaknya, kita sering berevolusi dalam citarasa kita apabila kita semakin tua, mungkin satu hari nanti saya boleh mendengar Broery Marantika, M.Daud Kilau dan sebagainya...hehehehe

Maka disini saya senaraikan antara musician yang saya kira masih kukuh kedudukannya dalam pengaruh saya seperti:-


THOM YORKE -genius muzikal yang sering berevolusi dalam persembahan muzikalnya, sangat berjaya dengan eksperimentasinya yang 'layan habis'. Sangat berjaya sejak album 'The Bends' hinggalah ke albumnya terkini, 'In Rainbows'. Eksperimentasi yang kurang friendly untuk umum, tapi bila dah masuk muzik dalam kepala, boleh goyang-goyang, geleng-geleng kepala tak tentu pasal lah. :-D



DAMON ALBARN- juga eksprimentor yang sering mengeksploitasi pelbagai jenis muzik terutamanya electronica dan dance ke dalam bentuk persembahan yang lebih syok sendiri. Bermula dari BLUR hinggalah ke GORILLAZ, semuanya hebat-hebat aja, terutamanya album Think Tank.



 MATT BELLAMY- frontman MUSE, merupakan guitarist/ pianist yang masih dalam perubahan evolusi yang kita lihat perlahan-perlahan dalam setiap albumnya, bermula dari Origin Of Symmetry, Absolution dan yang paling ketara, Black Holes and Revelation, musical direction beliau dilihat semakin berevolusi dan album terkini mereka, The Resistance,  dilihat lebih eksperimentif.


Kalau diikutkan banyak lagi, tapi kesimpulannya, kita lihat semakin lama, teknologi di sekitar kita semakin maju, begitu jugalah dilihat dengan muzikal yang kita dengar-dengar hari ini. Mungkin kita tak perasan nanti, tapi mana tau nanti sampai masa anak-anak kita besar, dia dah mula mendengar-dengar muzikal yang memang sangat asing bagi telinga kita orang tua ni, begitu jugalah dengan orang tua saya, sangat memarahi muzik-muzik yang saya dengar, kerana bunyinya sangat asing bagi telinga diaorang yang diaorang pada masa tu lebih terdedah kepada muzikal Pop Yeh Yeh. Dan kita satu hari nanti pastinya asing bila terdengar anak kita memasang lagu-lagu tersebut di depan kita,hehehe....Itu maknanya EVOLUSI MUZIK!

Salam Sejahtera! :-)

Sunday, March 7, 2010

ATURAN KEHIDUPAN YANG LURUS

Hari ni saya rasa macam nak bercakap tentang sesuatu yang kadang-kadang kita sendiri pun terlupa, tak kiralah sama ada anda di bandar, di desa, pekan mahupun di dalam pedalaman. Manusia kian berevolusi mengikut peredaran zaman, tak kiralah dari segi teknologi, tamadunisasi,  pengetahuan dan juga yang penting ialah mentaliti.

Menulis sesuatu yang sebegini tidaklah bermaksud saya hanya menuding jari ke arah pihak-pihak yang tertentu, namun saya juga ingin melihat perkara tersebut ini ke dalam diri saya sendiri juga. Ya, kita hari ini sering mengejar arus kemajuan, menyambut evolusi perubahan hidup yang perlahan-lahan membina daya evolusi generasi selepas kita, dan ianya sangat perlahan sehinggakan ada di antara kita tidak sedar bahawa arus perubahan inilah yang perlu kita hadapi, dan kita kecapinya dengan penuh rasa puas.

Maka, janganlah kita semakin alpa juga mengejar kehidupan yang bakal menanti kita di akhirat nanti, melihatkan bahawa teknologi hari ini berupaya menyelamatkan ribuan nyawa, sedangkan dengan hadirnya teknologi saintifik menyelamatkan jiwa manusia, dalam masa yang sama, teknologi memusnahkan tamadunisasi dan jiwa manusia juga semakin pesat berkembang.

Daya moraliti manusia hari ini dilihat semakin merudum, dan tidak sejajar dengan peningkatan daya boleh teknologi kehidupan kita sehari-hari, daya paradigma saintifikal dikembangkan manakala hari ini kita lihat nilai akhlak dan moral generasi akan datang, semakin terpinggir.

Anak-anak muda hari ini tidak menyedari bahawa dalam pembangunan negara yang semakin pesat, mereka juga semakin alpa dengan teknologi, alpa terus meminggirkan nilai-nilai moral yang murni, yang mereka juga itulah sebenarnya batu asas dalam kita berusaha mengecap evolusi tamadunisasi yang lebih baik.

Maka, para ibu bapa, sentiasalah membimbing anak ke arah nilai murni, yang kita lihat lebih penting daripada perkembangan teknologi itu sendiri, kerana dengan nilai murni yang kita terapkan untuk masa hadapan menjadi batu asas kemurnian bangsa kita.

Sekian, terima kasih.

Friday, March 5, 2010

Tai Chi Seorang Juru Kamera

Korang semua tau kan Tai Chi, satu jenis senaman yang berunsurkan seni mempertahankan diri berelemen kehalusan dan ketelitian. Sebab aku duduk PD dulu, selalu gak ah aku nampak tepi tepi pantai, pakcik-pakcik, makcik-makcik berbangsa Cina dok bertaichi tepi pantai tu, hummm, penuh kehalusan, kita ni belum tentu boleh buat macam tu lagi. Tai Chi sebenarnya bermanfaat untuk refleks saraf dan juga terapi minda dan rohani untuk sang pengamalnya.

Zaman sekarang dah moden sangat, generasi moden sekarang mana sempat-sempat nak buat dah semua tu, petang-petang sangkut tengah jammed, takpun dok opis lagi mengabihkan kerja mana mana yang belum siap, ataupun saja-saja nak over time, lepak-lepak dapat duit.

Tapi ramai jugak masih menyedari kelebihan Tai Chi ni, dan dalam zaman moden ni, sambil-sambil tangkap gambar pun, boleh bertai chi. Pendek kata, Tai Chi sekarang dah mengalami revolusi yang mengikut peredaran zaman moden lah jugak. A'aaa, kali ni saya bukan hanya bersembang kosong saja! Siap dengan bukti lagi, tengoklah kat bawah ni---------->










GAYA NAGA PATAH PINGGANG

-Sangat baik untuk mengukuhkan otot pinggang serta melancarkan kekuatan saraf perkumuhan

-Sesuai di praktikkan di dalam bas/tren sekiranya ingin curi curi duduk atas penumpang yang sedang duduk

















GAYA KEKUDA KETAR

- Sangat baik untuk menguatkan otot kelangkang, pinggang, tulang belakang.
-Praktikal digunakan sekiranya dalam posisi tandas awam terlalu kotor untuk anda duduk atau cangkung




GAYA GOLEKAN ULAR

-Menguatkan sistem gulingan badan anda, sekiranya anda sering mengamalkannya, anda mampu menjimatkan tenaga anda ke tempat kerja, sambil tido pun boleh guling-guling sampai tempat kerja (kecuali treler gilis lah)

-Juga sangat praktikal ketika...errrr................paham-paham jelah :-D

Thursday, February 25, 2010

ARTIS TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

DAMANSARA PERDANA-  Selebriti terkenal Malaysia, telah terlibat di dalam kemalangan kecil yang melibatkan kereta beliau dan sebuah motor Pak Guard Muda dan Despatch (tak tau mana satu tuannya), saya yang kebetulan berada di sana ketika dalam menunggu giliran untuk ditemuduga, sambil-sambil tunggu makan-makan, maka ternampak la kejadian ini tanpa di sengajakan. Selebriti yang di maksudkan  itu ialah, LOUISA CHONG, merupakan seorang pelakon terkenal di Malaysia.

Kisahnya terjadi ketika kereta yang di naiki beliau secara tak sengaja melanggar motosikal tersebut, ketika reverse. Dan di situ bermulalah isu bertekak tekak antara pihak selebriti tersebut dengan pemilik motosikal tersebut. Akhirnya, demi menjaga kredibiliti beliau sebagai salah seorang public figure, beliau menyelesaikan masalah itu secara diplomasi, dengan bercakap secara baik-baik. Saya bukanlah prejudis dalam komen saya ini, namun saya sebagai pemerhati, hanya memerhatikan sahaja, saya melihat Louisa Chong ini dengan penuh diplomasi menyelesaikan masalah ini, namun pemilik motor ini mungkin juga kurang sekolah, kerana beliau dah la parking di tempat tak betul, orang bukan sengaja nak langgar motor dia, berterusan tengking, memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat kepada Louisa Chong. Namun sebab mungkin Louisa Chong ni sekolah tinggi, dia tetap cakap baik baik.


gambar pada mula-mula kemalangan terjadi


babak tengking menengking di mulakan oleh budak baju merah tu, maka Louisa Chong pun hangin la, warning jangan cakap kurang kurang ajar


akhirnya selesai bila kedua-dua pihak boleh bincang elok-elok



Maka di sini saya ingin komen, sekiranya kita terlibat dalam kemalangan, sekiranya salah seorang bercakap dengan baik, manakala yang sorang lagi bercakap tanpa ada adab, maka dapatlah dilihat sapa bodoh sebenarnya, mungkin orang sudah tidak kira salah sapa pada masa itu. Maka kesimpulannya:-


BERTIMBANG RASA SESAMA KITA, BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Wednesday, February 24, 2010

KEMALANGAN DI DEPAN MATA


Petang tadi, sebaik saja aku keluar ke Federal Highway dari seksyen 18, Shah Alam, satu kemalangan yang berlaku di depan mata dapat dilihat di depan mata, melibatkan sebuah Perodua Viva, yang terpaksa berhenti mengejut untuk mengelak kereta di hadapan yang berhenti secara mengejut juga, maka mengikut hukum Fizik, stabiliti kereta kompak tidak dapat menanggung daya geseran yang melampau, maka lebihan bebanan daya geseran tersebut akan menjadi daya tork yang mengganggu titik graviti kereta tersebut. (teori rapuan Prof Mukhriz)


Maka begini lah rupanya, keadaan malang kemalangan itu.....


Baju merah di sebelah kanan itu merupakan mangsa kemalangan.



Beginilah keadaannya (jangan di ambil buat nombor ekor tu, 3 digit sahaja)


Maka, pada ketika ini dapatlah dilihat betapa ramainya yang cuba mengambil kesempatan pada mangsa-mangsa kemalangan, dengan kedatangan call-man yang menimbulkan panik dan kekusutan kepala pada mangsa kemalangan. Manakala kereta yang brek mengejut yang menjadi punca kereta di atas tu saya rasa berlalu begitu sahaja, tak ada perikemanusiaan langsung.

Di sini saya tak mahu mencoretkan sesuatu yang lebih panjang lagi, sebab kita masing masing dah boleh fikir....Maka:-

BERHATI HATI DI JALAN RAYA, JAGA JARAK ANDA-----> ANDA MAMPU MENGUBAHNYA


Tuesday, February 23, 2010

BUKAN SENANG NAK KAYA, TAK SUSAH NAK MISKIN

Dalam kita meniti kehidupan ni, mestinya kita akan melalui macam macam perkara, ada yang jatuh, ada yang naik, ada yang biasa-biasa aja. Tapi kehidupan kita hari ni, zaman moden, zaman memerlukan DUIT, ramai golongan kita yang tak bernasib baik, terdampar, tersangkut, sakit-sakitan lagi mahupun senak-senak.

Ya, ramai golongan tak bertanggungjawab sekarang ni, mengambil kesempatan pada mana-mana yang sangat inginkan meningkatkan taraf hidup, ada yang ingin buat kerja part time, masuk sesetengah MLM tu, tapi tu semua menipu aje. Saya juga merupakan seorang mangsa penipuan lebih kurang 2,3 kali lah jugak, dan sekarang ni yang latest sekali punya penipu ialah __________ (terpaksa lah saya rahsiakan).... :-D

Maka perlulah diingatkan, pengajaran yang saya dapat tu, BANYAAAAAAAKKKKK sangat, namun apa yang saya faham, sebenarnya kalau kita ada duit untuk mula-mula belajar nak meniaga, janganlah dilaburkan dalam mana-mana syarikat MLM sebenarnya, tak memberi sebarang benefit pun, silap-silap duit kita beku lagi dalam syarikat XXXXX. Jadi dengan modal yang tinggal sikit lagi ni, saya gagahkan diri jugak untuk membuat perniagaan online, dengan pengajaran yang saya dapat tu, perniagaan saya ini mestilah jujur, tak ada cakap selindung-selindung. Saya rasa lebih gentleman dengan cara ini, dan saya bukan hendak mengambil keuntungan yang tinggi, janji saya sebagai penjual suka dapat menjual produk saya dengan sedikit keuntungan dan juga para pembeli berpuas hati dengan produk yang dibeli itu dengan nilai wang yang mereka bayar tu.

Maka, khususnya ramai bangsa Melayu kita hari ini tertipu, janganlah kita salahkan mengatakan mereka bodoh, mereka juga orang-orang yang malang. Sejujurnya saya berterus terang kepada anda dalam entri ini, mungkin kebodohan saya ialah dengan termakan kata-kata pujukan untuk melaburkan duit pada syarikat mereka.. maka SILA HENTIKAN!!!!! Kalau saya lihat anda nak join MLM, biarlah berada pada jalan yang betul, ada proses jual barang, anda bayar, anda dapat barang, janganlah pada MLM yang meminta-minta duit kita tambah dalam pelan mereka, pembelian produk hanyalah penipuan semata-mata, itulah yang terjadi pada hari ini. SEKIRANYA ANDA BERDUIT, MASUK LA ASB SAHAJA KALAU DAH MALAS-MALAS SANGAT, BIARLAH KITA BERADA DALAM KEADAAN MACAM INI, DARIPADA DITIPU HIDUP-HIDUP OLEH SANG PENIPU.

Kini saya perlu bangun dari seksaan ini, duit saya tak hilang, tapi beku kat dalam pelaburan itu. Tapi sapa tau kan, mungkin ia hilang ke, cair ke...namun Allah SWT itu maha Adil, maha penyayang, dengan membuka pintu hati saya untuk berniaga dan gagahkan diri dengan modal yang ada sedikit ini, bangkit perlahan-lahan, sesungguhnya Allah SWT itu tidak suka pada hambanya yang lemah, tapi sangat sayang pada hambaNYA yang kuat. Banyak lagi perniagaan yang mengamalkan penipuan yang saya boleh kongsikan bersama anda.

Kepada sesiapa yang senasib dengan saya ini, kuatkanlah semangat anda, bertenang dan ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan menghampakan pada hambanya yang TAWAKKAL dan BERUSAHA. Fikir-Fikirkanlah dan Selamat Berblogging... :-D