DAMANSARA PERDANA- Selebriti terkenal Malaysia, telah terlibat di dalam kemalangan kecil yang melibatkan kereta beliau dan sebuah motor Pak Guard Muda dan Despatch (tak tau mana satu tuannya), saya yang kebetulan berada di sana ketika dalam menunggu giliran untuk ditemuduga, sambil-sambil tunggu makan-makan, maka ternampak la kejadian ini tanpa di sengajakan. Selebriti yang di maksudkan itu ialah, LOUISA CHONG, merupakan seorang pelakon terkenal di Malaysia.
Kisahnya terjadi ketika kereta yang di naiki beliau secara tak sengaja melanggar motosikal tersebut, ketika reverse. Dan di situ bermulalah isu bertekak tekak antara pihak selebriti tersebut dengan pemilik motosikal tersebut. Akhirnya, demi menjaga kredibiliti beliau sebagai salah seorang public figure, beliau menyelesaikan masalah itu secara diplomasi, dengan bercakap secara baik-baik. Saya bukanlah prejudis dalam komen saya ini, namun saya sebagai pemerhati, hanya memerhatikan sahaja, saya melihat Louisa Chong ini dengan penuh diplomasi menyelesaikan masalah ini, namun pemilik motor ini mungkin juga kurang sekolah, kerana beliau dah la parking di tempat tak betul, orang bukan sengaja nak langgar motor dia, berterusan tengking, memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat kepada Louisa Chong. Namun sebab mungkin Louisa Chong ni sekolah tinggi, dia tetap cakap baik baik.
gambar pada mula-mula kemalangan terjadi
babak tengking menengking di mulakan oleh budak baju merah tu, maka Louisa Chong pun hangin la, warning jangan cakap kurang kurang ajar
akhirnya selesai bila kedua-dua pihak boleh bincang elok-elok
Maka di sini saya ingin komen, sekiranya kita terlibat dalam kemalangan, sekiranya salah seorang bercakap dengan baik, manakala yang sorang lagi bercakap tanpa ada adab, maka dapatlah dilihat sapa bodoh sebenarnya, mungkin orang sudah tidak kira salah sapa pada masa itu. Maka kesimpulannya:-
BERTIMBANG RASA SESAMA KITA, BUDI BAHASA BUDAYA KITA
No comments:
Post a Comment