Wednesday, February 24, 2010

KEMALANGAN DI DEPAN MATA


Petang tadi, sebaik saja aku keluar ke Federal Highway dari seksyen 18, Shah Alam, satu kemalangan yang berlaku di depan mata dapat dilihat di depan mata, melibatkan sebuah Perodua Viva, yang terpaksa berhenti mengejut untuk mengelak kereta di hadapan yang berhenti secara mengejut juga, maka mengikut hukum Fizik, stabiliti kereta kompak tidak dapat menanggung daya geseran yang melampau, maka lebihan bebanan daya geseran tersebut akan menjadi daya tork yang mengganggu titik graviti kereta tersebut. (teori rapuan Prof Mukhriz)


Maka begini lah rupanya, keadaan malang kemalangan itu.....


Baju merah di sebelah kanan itu merupakan mangsa kemalangan.



Beginilah keadaannya (jangan di ambil buat nombor ekor tu, 3 digit sahaja)


Maka, pada ketika ini dapatlah dilihat betapa ramainya yang cuba mengambil kesempatan pada mangsa-mangsa kemalangan, dengan kedatangan call-man yang menimbulkan panik dan kekusutan kepala pada mangsa kemalangan. Manakala kereta yang brek mengejut yang menjadi punca kereta di atas tu saya rasa berlalu begitu sahaja, tak ada perikemanusiaan langsung.

Di sini saya tak mahu mencoretkan sesuatu yang lebih panjang lagi, sebab kita masing masing dah boleh fikir....Maka:-

BERHATI HATI DI JALAN RAYA, JAGA JARAK ANDA-----> ANDA MAMPU MENGUBAHNYA


4 comments:

  1. call man paling sesak! bukan membantu pon. buat orang stress jek :P

    ReplyDelete
  2. a'ah....betul betul betul...tengah-tengah orang dok jiwa kacau lepas eksiden, mula la dia dok buat kereta tu macam kereta dia, siap panggil towing nak angkat, siap nak angkat kereta masuk dalam lagi,padahal orang tak suruh. Tau nak duit je diaorang ni, kot ye pon tanya-tanya la khabar orang tu...

    TAK ADA ADAB SUNGGUH~~~

    ReplyDelete
  3. viva ringan kot. ni mesti spinning masuk longkang dan terbalik.

    ReplyDelete
  4. BUKAN SPINNING, TAPI DIA NGELAK MENGEJUT TUH, KASIK NAIK BUKIT SEKALI, THEN...BOOOOOMMM! TERBALIK

    ReplyDelete