Wednesday, December 19, 2012

LIVERPOOL FC: SEBENARNYA BAJET TAK CUKUP NAK BELI STRIKER

Berita terkini, Brendan Rodgers (BR) menyatakan bahawa beliau tidak menjangkakan kemasukan bintang ternama ke Anfield Januari depan, dan tidak menjangkakan quick-fix untuk masalah jentera serangan LFC tidak akan berlaku. Berikut adalah laporan akhbar UK, The Guardian (klik untuk berita)

David Villa: Dikatakan kecewa di Barcelona kerana tidak mendapat tempat lagi
David Villa pada £10 juta, Llorente pada nilai kurang £13 juta semua masih tak mampu dibawa ke Anfield oleh pengurusan LFC, FSG. Seperti yang aku dah cakap sebelum ni, kalau Januari takde "great goalscorer", kita akan hadapi 2 perkara, jadi bahan kutukan kawan-kawan yang dari MU, MC, Arsenal dan juga Chelsea, ATAU, mengimpikan LFC untuk beraksi di divisyen bawah, Championship League.

Yang dikatakan semakin hampir ke Anfield ialah Daniel Sturridge pada harga £13 juta, Tom Ince pada harga £4 juta, tapi aku rasa ini bukanlah candidate yang dikatakan dapat menyelesaikan krisis serangan LFC yang sangat tandus dengan goal untuk menyelamatkan mereka. LFC banyak dikaitkan dengan rumours perpindahan striker berkaliber, tapi apakan daya, tahi hanya tinggal tahi, sehinggakan ramai die hard LFC dah rasa transfer rumours yang kedengaran sekarang adalah 200% tidak benar.

Maka, Januari 2013 masih ada 11 hari lagi, aku meramalkan kita tersungkur lagi di transfer windows 2013 kali ini. Kalau dah tersungkur, tak leh panggil Andy Carroll balik Januari ni, maka perkara ini dah boleh mula dituding pada kebijaksanaan BR.

No comments:

Post a Comment