Di kala pagi yang sejuk hingga ke tulang ini, ketika aku sedang bermain-main dengan permainan "FUZZY LOGIC"ku yang sungguh memeningkan, menunggu hari-hari untuk menimang cahaya mata, keletihan dengan panggilan-panggilan yang tidak kuingini, kesakitan hati dibambu akibat kegagalan beramai-ramai di dalam paper mid-term, terdapat sesuatu isu yang masih terlintas lagi dibenakku, "apakah aku berblogging hanya untuk membuang masa??"
Aku tidak tahu, apakah sebenarnya sepatutnya ku tulis di dalam blog aku, maksudku, blogging with the specific direction?? Ataupun adakah aku perlu menjadi wartawan ala-ala amatur gitu untuk menjadi content blogku?? Kulihat barulah ku faham bahawa apakah perasaan seorang wartawan (tidak kiralah wartawan apa) dan situasi seorang editor majalah serta seorang seniman mahupun kartunis yang ketandusan idea, tatkala deadline pun dirasakan seolah-olah muncul secara tiba-tiba.
Aku seorang student (yang bakal menjunam pointerku), bakal seorang bapa (yang perlu mengorbankan banyak komitmen selepas kelahiran anakku), seorang anak (yang perlu menjaga isu-isu keharmonian antara ibu dan anak), lihatlah disitu, betapa banyaknya situasi yang perlu ku hadapi, betapa banyaknya isu yang perlu kubangkitkan, betapa banyaknya tanggungjawab yang perlu dipikul, namun setiap hari aku terus klik "New Post" dalam akaun bloggerku, dan apabila type box muncul dikaca LCD laptopku, aku bagaikan ternganga-nganga, terpinga-pinga dengan apakah yang sepatutnya kukatakan, untuk menghidangkan kepada para pembaca blogku dengan isi-isi yang penuh memberangsangkan.
Bersambung di episod akan datang......
perh ayat mnjiwai darah novelis cinta remaja hahahahha
ReplyDeleteSdabar lah pak. Aku pon pening gak nk taip new post kat blog aku. :D
ReplyDeleteyaaa....mmg impianku untuk menjadi novelis2 cinta remaja...wakakaka
ReplyDeleteaku dah baertahun.. rilek je..
ReplyDeleteagh lainlah.. pandai merapu.. hihihi
betul,jaguh2 kemerapuan kita berikan pada angah...haw...haw...haw...
ReplyDeletebace novel merapu aku kat blog aku :D
ReplyDeleteokaihhhh!!!
ReplyDelete