Sementara aku menunggu kawan aku sorang ni nak sampai sini, maka adalah lebih baik aku berblogging mengisi masa lapang untuk episod ke-2 dari siri2 yang lalu. Ya kawan2, sememangnya berblogging sememangnya memerlukan anda untuk sentiasa mempunyai idea-idea yang bernas, berfikiran tajam mahupun kadang2 memerlukan pancaran-pancaran idea kreatif dari semasa mengikut arus peredaran masa. Melainkan kita membina blog untuk syok sendiri, anda tentu akan baca sorang2 blog anda tu, tak payah amik kisah org lain ke tak kan??
Pengalaman sebagai newcomer dalam blogger ini ingin aku kongsikan bersama-sama anda semua, untuk kita sama-sama kongsikan dan sama-sama pikirkan. Pada fikiran aku, memanglah blog ini pada mulanya adalah suatu aktiviti suka-suka, isi masa lapang, tapi bila di fikir-fikirkan balik, dah la blog aku ni orang nak baca, kang kalau content blog aku tu tahapahapa, baik aku takyah buat blog, buat busuk nama aku lagi ada le. :-))
Benda mula-mula sekali aku dengar dari salah seorang blogger yang betul-betul sejati, tahap sanggup tak kerja semata-mata nak merealisasikan impian kerjaya yang masih asing, iaitu Blogger, sanggup berkurung dalam bilik 12 jam sehari lamanya untuk mengkaji kaedah-kaedah berjaya untuk seorang blogger, (dan kini masih mengkaji), isu yang dibangkitkan mula-mula sekali:-
"Macamana nak dapat trafik yang tinggi untuk blog dari search engine?"
Ada beberapa tips di sini:-
- Tulislah kandungan blog yang betul2 asli (100% original)
- Gunakan blog anda sebagai saluran aktiviti anda
- Gunakan RSS Feed untuk blog anda
- Edarkan URL anda di merata-rata tempat
Jadi aku sendiri melihat tips-tips dari dia sangat berguna. Jadi kita kongsikanlah bersama-sama. Bersama-samalah kita berjaya dalam blogging! :-)
Haku xtau la, yg penting, aku suke tulis, aku ade banyak bende nk tulis, aku xkisah ade org polo ke x ke, kalau ade org komen, bende yg elok aku simpan, komen x elok aku jadikan pedoman. :D. rajin2 lah melawat blog aku. aku tgh tulis novel nih :D
ReplyDeleteMukhriz: Takde masalah la Ngah, tu semua cara masing2 kan....aku pun merapu jugak menuliskan...wakakakaka
ReplyDelete