Sunday, March 7, 2010

ATURAN KEHIDUPAN YANG LURUS

Hari ni saya rasa macam nak bercakap tentang sesuatu yang kadang-kadang kita sendiri pun terlupa, tak kiralah sama ada anda di bandar, di desa, pekan mahupun di dalam pedalaman. Manusia kian berevolusi mengikut peredaran zaman, tak kiralah dari segi teknologi, tamadunisasi,  pengetahuan dan juga yang penting ialah mentaliti.

Menulis sesuatu yang sebegini tidaklah bermaksud saya hanya menuding jari ke arah pihak-pihak yang tertentu, namun saya juga ingin melihat perkara tersebut ini ke dalam diri saya sendiri juga. Ya, kita hari ini sering mengejar arus kemajuan, menyambut evolusi perubahan hidup yang perlahan-lahan membina daya evolusi generasi selepas kita, dan ianya sangat perlahan sehinggakan ada di antara kita tidak sedar bahawa arus perubahan inilah yang perlu kita hadapi, dan kita kecapinya dengan penuh rasa puas.

Maka, janganlah kita semakin alpa juga mengejar kehidupan yang bakal menanti kita di akhirat nanti, melihatkan bahawa teknologi hari ini berupaya menyelamatkan ribuan nyawa, sedangkan dengan hadirnya teknologi saintifik menyelamatkan jiwa manusia, dalam masa yang sama, teknologi memusnahkan tamadunisasi dan jiwa manusia juga semakin pesat berkembang.

Daya moraliti manusia hari ini dilihat semakin merudum, dan tidak sejajar dengan peningkatan daya boleh teknologi kehidupan kita sehari-hari, daya paradigma saintifikal dikembangkan manakala hari ini kita lihat nilai akhlak dan moral generasi akan datang, semakin terpinggir.

Anak-anak muda hari ini tidak menyedari bahawa dalam pembangunan negara yang semakin pesat, mereka juga semakin alpa dengan teknologi, alpa terus meminggirkan nilai-nilai moral yang murni, yang mereka juga itulah sebenarnya batu asas dalam kita berusaha mengecap evolusi tamadunisasi yang lebih baik.

Maka, para ibu bapa, sentiasalah membimbing anak ke arah nilai murni, yang kita lihat lebih penting daripada perkembangan teknologi itu sendiri, kerana dengan nilai murni yang kita terapkan untuk masa hadapan menjadi batu asas kemurnian bangsa kita.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment