Tuesday, March 16, 2010

BRIT-POP IS STILL IN MY HEART

Saya ni dah lama mendengar muzik-muzik alternative, hmmm, maybe sejak tahun 1993 lagi, yang mana masa tu pengaruh muzik glam rock seperti Guns N' Roses, Nirvana, Metallica pada masa tu sudah dikira penghujung-hujung dah bagi saya, maka pada masa itu saya lebih banyak menceburi muzikal yang lebih simple, dan kira bertenaga bersesuaian jiwa-jiwa remaja pada masa tu, saya telah menceburi era-era Pop Punk / Punk Rock seperti Green Day, Blink-182 dan sebagainya lagi. Tapi sambil-sambil tu saya layan la jugak muzik lain pada masa yang sama, seperti Cromok dan sebagainya lagi.

Selepas itu, di UiTM, saya semakin nampak perlahan agaknya, sudah mula meneroka dunia muzikal saya ke arah Brit-Pop, lebih kepada Blur, Oasis (sebelum tu saya layan jugak), tapi lebih menumpukan kepada Brit-Pop, yang saya lihat direksi muzikal mereka lebih dilihat berada 'dalam dunia mereka sendiri', yang saya pikir agaknya sebenarnya Brit-Pop ini sebenarnya mereka cipta atas tujuan untuk syok sendiri, bukan untuk golongan ramai walaupun mereka di label yang komersial. Pada ketika itu saya juga melayan muzik 'underground' tempatan seperti Seasonal Abyss, Spunky Funggy, Prana dan sebagainya.

Namun kehadiran Blur di dalam pengaruh muzikal saya benar-benar menjadi titik tolak untuk saya beralih pandangan terus ke arah muzikal Brit-Pop yang dilihat kurang menarik untuk diterokai majoriti, dan hanya untuk dilayan oleh golongan yang 'syok sendiri' aje. Maka saya pun berminat menerokai dunia ini tanpa menoleh ke arah band-band US yang lebih dilihat typical, stereotype yang mana pada masa itu, jika mereka ada Staind, maka wujud pulak band yang lebih stereotype kepada mereka, 3 Doors Down. Pengaruh Eddie Vedder pada masa itu dilihat menyerap rata-rata band mainstream US yang agak bosan scene di sana bagi saya.

Maka bermulalah dari Brit-Pop, merebak kepada mengenal Starsailor, Placebo, Interpol dan banyak lagi. Tak larat jugak la nak tulis, sampai tak ingat pun ada. Namun hari ni, saya semakin perlahan dalam pengaruh muzikal saya, tidak mendengar muzik keras-keras, lebih kepada yang relax-relax sahaja... mungkin dah makin tua agaknya, kita sering berevolusi dalam citarasa kita apabila kita semakin tua, mungkin satu hari nanti saya boleh mendengar Broery Marantika, M.Daud Kilau dan sebagainya...hehehehe

Maka disini saya senaraikan antara musician yang saya kira masih kukuh kedudukannya dalam pengaruh saya seperti:-


THOM YORKE -genius muzikal yang sering berevolusi dalam persembahan muzikalnya, sangat berjaya dengan eksperimentasinya yang 'layan habis'. Sangat berjaya sejak album 'The Bends' hinggalah ke albumnya terkini, 'In Rainbows'. Eksperimentasi yang kurang friendly untuk umum, tapi bila dah masuk muzik dalam kepala, boleh goyang-goyang, geleng-geleng kepala tak tentu pasal lah. :-D



DAMON ALBARN- juga eksprimentor yang sering mengeksploitasi pelbagai jenis muzik terutamanya electronica dan dance ke dalam bentuk persembahan yang lebih syok sendiri. Bermula dari BLUR hinggalah ke GORILLAZ, semuanya hebat-hebat aja, terutamanya album Think Tank.



 MATT BELLAMY- frontman MUSE, merupakan guitarist/ pianist yang masih dalam perubahan evolusi yang kita lihat perlahan-perlahan dalam setiap albumnya, bermula dari Origin Of Symmetry, Absolution dan yang paling ketara, Black Holes and Revelation, musical direction beliau dilihat semakin berevolusi dan album terkini mereka, The Resistance,  dilihat lebih eksperimentif.


Kalau diikutkan banyak lagi, tapi kesimpulannya, kita lihat semakin lama, teknologi di sekitar kita semakin maju, begitu jugalah dilihat dengan muzikal yang kita dengar-dengar hari ini. Mungkin kita tak perasan nanti, tapi mana tau nanti sampai masa anak-anak kita besar, dia dah mula mendengar-dengar muzikal yang memang sangat asing bagi telinga kita orang tua ni, begitu jugalah dengan orang tua saya, sangat memarahi muzik-muzik yang saya dengar, kerana bunyinya sangat asing bagi telinga diaorang yang diaorang pada masa tu lebih terdedah kepada muzikal Pop Yeh Yeh. Dan kita satu hari nanti pastinya asing bila terdengar anak kita memasang lagu-lagu tersebut di depan kita,hehehe....Itu maknanya EVOLUSI MUZIK!

Salam Sejahtera! :-)

No comments:

Post a Comment