Tuesday, December 18, 2012

LIVERPOOL FC: BUNGKUSLAH ENGKAU

BAKAL KAMBING HITAM 2012-13
Aku memang seorang penyokong tegar LFC, sejak zaman 90's, ketika Fowler, McManaman menjadi "X-Factor" untuk LFC masa itu, di bawah kendalian Roy Evans. Kemudian datang pula Gerard Houllier, kemudian datang pula Rafa Benitez, kemudian Roy Hodgson, kemudian Kenny Dalglish dan kini Brendan Rodgers.

Analysis instinctive aku, ialah semua manager-manager yang aku sebutkan ini, bukanlah bongok dan tak sekolah belaka, tapi sebenarnya yang aku nampak hanyalah krisis pengurusan yang agak lemah, bertukar tangan dari orang kuat LFC, David Moores, kepada badut Gillet-Hicks, dan kini kepada FSG, dikemudi oleh John Henry-Tom Werner dan masih Americans juga.

Kekalahan 3-1 kepada Aston Villa kelmarin membuatkan aku tertanya-tanya, kenapakah krisis ini tak berkesudahan, kalau kita tengok 2 tahun yang lepas, Albert Riera, sayap kiri LFC juga mendakwa LFC adalah "kapal karam di pada peringkat permulaannya", dan aku boleh mengucapkan terima kasih kepada beliau, kerana memberikan indication yang sahih, dan benar kita telah karam sejak 3 musim yang lalu.

Ini bukan salah Brendan Rodgers lagi kerana beliau adalah seorang taktikal yang genius, cuma masalah yang beliau hadapi ialah kebangangan FSG yang tak mahu mengeluarkan dana sebanyak £7 juta untuk Rodgers mengambil Clint Dempsey dari Fulham, dimana beliau sudah berjuta kali menekankan beliau ingin menguatkan barisan serangan mengikut kesesuaian taktikal beliau. Rodgers mungkin merasakan sangat fakap kerana tindakan beliau menghantar Andy Carroll melalui pinjaman ke West Ham, disangkakan John W.Henry faham, dana akan dikeluarkan untuk mengganti penyerang baru yang lebih reliable. Tapi apa yang diharapkan menjadikan Rodgers mungkin sebenarnya jauh di sudut hati beliau rasa sangat terkilan kerana bekerja dengan owner sebongok begini.

Diulangi, krisis pengurusan ini adalah suatu mantra yang berjangkit-jangkit, mungkin FSG sudah menunjukkan komitmen mereka untuk berbelanja besar menguatkan pasukan, tapi dirosakkan oleh gandingan Commolli-Dalglish, tapi mereka sudah tidak berdaya untuk berbelanja pada ketika Rodgers merombak LFC bagi memenuhi kriteria possesion-football beliau. Mantra yang berjangkit-jangkit, tapi untuk kisah transfer awal kempen 2012-2013 sebenarnya patut dipersalahkan pada FSG setelah Rodger berjaya mengurangkan bebanan kewangan dengan pinjaman Carroll 100% dibiayai gajinya oleh West Ham, penjualan Charlie Adam, Maxi Rodriguez, Dirk Kuyt dan beberapa pemain muda lain, TAKKANLAH £7 juta untuk Clint Dempsey yang sudah bersedia ke Anfield hari tu ditolak mentah mentah pada minit minit terakhir transfer window yang lepas.

Bermula dari situ, kita lihat hanya Suarez sahaja yang menanggung beban jentera serangan, dan kalau aku jadi Suarez, mungkin aku akan menyumpah nyumpah pada team member yang lain sebab aku dah beriya iya bawak bola ke atas, korang terhegeh hegeh lagi tak sampai kat atas? Possesion game Rodgers disitu sudah nampak hasilnya, possession purata 65% per game, dikira sangat tinggi, dominasi pada bola, kau bawak kiri, kanan, depan, belakang, tapi takde clinical finisher, apa gunanya? Suarez pada aku ialah type "scorer of great goals" bukannya "a great goalscorer".

Kini transfer window baru tak lama lagi je akan dibuka, 14 hari dari sekarang, dimana aku mengambil sikap memerhatikan tanpa sebarang perasaan yang passionate sebagai penyokong tegar LFC (aku cuba mengasuh mentaliti aku), di mana aku ingin sangat melihat sekurang-kurangnya 2 orang striker yang berkaliber sebagai "great goalscorer", seperti yang nampak macam ada peluang sekarang ialah mungkin Klaas-Jan Huntelaar dan juga Llorente lantaran mereka enggan menyambung kontrak bersama kelab masing-masing. Tapi sekiranya FSG tidak mengambil apa-apa langkah yang membantu hasrat Rodgers menguatkan serangan, maka seperti tajuk post aku ni, maka, BUNGKUSLAH ENGKAU. Maaf kepada mana-mana die hard LFC, aku menulis atas rasa pertimbangan rasional, bukan pertimbangan cinta membutakan hati dan akal, di mana kalau LFC berada di tangga 19 pun, korang masih akan fikir:-

"AHHHH SEMPAT LAGI KE CHAMPION LEAGUE NEXT SEASON, BARU JANUARI NI"

No comments:

Post a Comment