Monday, January 4, 2010

2009 yang telah pergi

Baru 4 hari meninggalkan 2009, hati ini masih menyusuri perjalanan sepanjang 2009 yang mungkin agak tragis, agak dramatik buat aku yang sememangnya yang masih mentah, masih jahil, masih naif untuk menyedari natijah yang sebenarnya untuk perjalanan hidupku ketika itu.


Sambutan ketibaan 2010 bagaikan tidak bererti bagiku, bagaikan aku sahaja yang tertinggal di belakang, atau sengaja ingin berada di belakang kerana aku masih tidak puas. Masa yang di rasakan terlalu pantas berlalu, meninggalkan aku yang masih disini, yang tidak menggantikan kalendar 2009 di dinding, yang masih menyingkap peristiwa-peristiwa yang aku rasakan baru sahaja berlalu.


Mungkinkah aku menulis post kali ini dalam keadaan jiwa yang bercelaru, berselirat, berserabut? Oh mungkin tidak....


Kesediaan ku memikul tanggungjawab seorang ayah kah? Juga tidak


Aku hanya menyesali apa yang berlaku pada masa-masa yang lalu...Andainya dapat kuundurkan masa itu....Pasti segalanya menjadi indah.

No comments:

Post a Comment