Pagi yang tak boleh tidur ni, maka saja-sajalah aku nak menulis, letih baru lepas main futsal....o.t.w nak balik rumah tu, aku terjumpa satu poster yang offer Blackberry melalui jualan Celcom yang baru bermula ni.......tapi aku juga ada pandangan sendiri dalam memilih gadget-gadget dan memilih produk untuk kegunaan sendiri.
Blackberry seperti contoh kat atas ni, adalah salah satu contoh Blackberry (BOLD) yang popular dalam ramai-ramai pengguna yang aku tengok di kalangan kawan-kawan aku ni. Memang best, dan tersangat best functionnya..dengan resolusi kejelasan tahap terbaik pada displaynya, kepantasan processornya, serta macam-macam function dan kebolehannya, pendek kata memang bergaya lah.
Tapi dalam keghairahan tu, aku baru sedar, mungkin aku membeli Blackberry ini, gaya Blackberry itu sendiri mestilah jadi soal yang kedua, yang pentingnya... "SESUAIKAH PENGGUNAAN BLACKBERRY DALAM RUTIN AKU?", dah la takleh buat video call, lepas tu dengan jenis button keyboard QWERTYnya......dengan saiznya, yang kira agak gedabak (agaknya zaman tu makin nak reverse ke jaman handphone zaman-zaman arwah bapak aku dulu, yang gedabak tu, pukul orang ngan handphone gedabak tu mau koma sehari dua), sebenarnya aku melihat BLACKBERRY ni lebih kepada professional use, dengan kelebihan berkomunikasi melalui internet dan e-mail, aku rasa aku tak macam tulah kot.....nak main e-mail lagi suka main kat laptop je. :-D
Maka, hasratku ingin membeli sebuah talipon baru terbantut......yang pentingnya PRAKTIKALITI ye kawan-kawan, dan GAYA juga soal kedua.... :-D
"HATI INGIN MEMAKAI BLACKBERRY, TAPI NOKIA CABUK AKU JUGAK YANG SEDAP HANTAR SMS, PANTAS DAN MURAH (sila ke kedai HP dan tengok sahaja apa yang berharga RM 89 ringgit sahaja... :-D"
No comments:
Post a Comment