Salam 1 Malaysia untuk semua pembaca dan Selamat Tahun Baru Cina untuk semua golongan yang merayakannya... :-)
Kat Malaysia ni memang banyak cutinya, boleh kata semua kaum di Malaysia ini ada perayaan masing-masing dan dapat cuti. Maybe setakat ni aku tak pernah dengar lagi lah hari-hari perayaan khas untuk kaum pribumi..( ke ada sapa2 yang tahu?)
Balik ke Kelantan hari tu, melalui laluan ke utara (Ipoh, Grik), puhhhhh...memang mencabar kesabaran ni, nak-nak mau je aku pakai bigfoot kasi pijak je semua, redah kasi pecah je semua, panjat bukit terus, takyah lalu-lalu highway, bayar tol berpuluh-puluh ringgit pun sama jugak, sangkut, minyak kereta lagi la sakit masa-masa jammed macam tu.
Kiranya aku ingat lagi media dok gembar-gembur Malaysia ni adalah sebuah negara yang mempunya rangkaian jalanraya yang terbaik di dunia, yang mana itu hanyalah untuk membuka mata orang ramai betapa mereka perlu bersyukurnya yang Malaysia ni juga merupakan sebuah negara maju. Tapi kan, yang masalah jammed musim perayaan ni, agaknya diaorg nak gembar gembur apa ye? :-D (Mungkin ini adalah satu pengecualian)
Aku jugak ada tertengok dalam Discovery Channel, yang satu rancangan tu aku tak ingat dah apa namanya, tapi yang aku pasti rancangan itu meramal yang bangunan mega-mega di dunia ni mungkin juga akan menjadi mass destruction dalam sikit masa lagi atas pertimbangan faktor-faktor yang telah diambil kira dari segi 'pandangan' saintifik mereka. Dan yang pasti tu, yang buat kajian tu ialah orang-orang Barat.
Di Malaysia ni, mereka meramalkan KLCC bakal runtuh dalam beberapa puluh tahun lagi kerana iklim di Malaysia ini akan mempengaruhi struktur simen yang menyokong KLCC itu sendiri. Jadi, rasionalnya memang ada....tapi...............last-last mereka claim yang bangunan mega struktur merekalah yang mencapai tahap-tahap keselamatan yang terbaik dalam kelasnya.
Komen aku, mungkin orang Barat ni selalu je rasa bagus, dia jelah yang betul semua...Pergi Mampus...ahahaha....
No comments:
Post a Comment