Anda pernah lihat logo ini? Ya, pada kebanyakan orang yang tak suka jalan-jalan hari Sabtu tu, mungkin ada jugak yang tak tahu, tapi kepada yang kaki berjalan/ kaki ronda di hari Sabtu macam aku ni, mesti ramai yang dah tahu kan benda ni.
Setiap hari Sabtu aku kali ini memang spoil la bagi orang yang tinggal di Selangor yang suka shopping, ataupun terpaksa shopping (beli barang sebab isteri membebel :-D), orang yang ambik angin (nak makan ke, beli-beli barang sikit ke), sebab apa yang anda beli pada hari Sabtu, plastik bag memang tak dapat. Kalau nak sangat, memang kena beli la, satu plastik 10 sen. Kecuali pada yang window shopping ataupun nak beli barang, tapi tak ingat bawak duit (macam aku dulu-dulu, hahaha), maka golongan 'membeli belah tingkap', maka mereka mungkin takda rungutan mengenai kempen ini.
Tapi kesannya dapat la aku tengok ngan mata kepala aku sendiri petang tadik, biasanya aku ni selalu la ke area The Curve, Mutiara Damansara sebab kira dah dekat kan ngan rumah aku. Sebelum kempen ni diperkenalkan, kawasan tersebut tu memanglah sesak sesesak nafas orang asma, nak parking pun susah, nak bayar kat kaunter pun kena beratur panjang, kira seksa jugak lah.
Tapi sekarang, sebab para pelanggan dah tak dapat plastik, Mutiara Damansara menjadi tidak sibuk langsung, tenang-tenang aja setenang Si Tenang Dugong Laut, dan perbezaannya sangatlah ketara. :-D.. TESCO pun jadi lengang....ahaha
Maka tahniah di ucapkan kepada kerajaan Selangor kerana melancarkan kempen itu, sambil-sambil dapat memelihara alam sekitar, dapatlah meringankan beban aku nak bersesak-sesak kat Mutiara Damansara tu.. :-D
"Oleh itu, saya penyimpan mohor besar kerajaan Selangor, menggalakkan seluruh warga Selangor yang ingin membeli belah pada hari Sabtu, sila bawak beg sendiri, atau pun seret sahaja guni ke mana-mana anda pergi ketika membeli belah. Manalah tau kot-kot boleh jadi trend bergaya baru plak..."
Pesal aku x pernah jumpa? sebab ari sabtu hari di seremban! hahahaha!!
ReplyDelete