Saturday, February 20, 2010

MUIEZ AL AMIN BIN MOKHRIZ

Hari dah malam, melihat anakku tidur penuh dengan asyiknya, maka aku pun tersenyum sendiri.... :-) Hmmmm, insan ini sudah banyak mengubah kehidupan aku yang sebelum-sebelum ni, yang merasakan seperti dalam kegelapan, yang sebelum ini aku banyak tangisi pemergian arwah ayah, tengah tidur pun aku teringatkannya, melihatkan barang-barangnya, gambar-gambarnya, saat-saat akhir sebelum beliau kembali ke Rahmatullah, begitulah perasaannya kehilangan seseorang yang kita amat sayangi, namun cahaya mata ini banyak sekali mengubati kesedihan yang lama bersarang kat hati ini.

Pada pagi 29 Ogos 2009, aku dikejutkan oleh satu panggilan yang telah mengubah dan menerangi hidup aku ini... " Yang, semuanya dah selamat yang, awak dapat anak lelaki" gema suara di hujung panggilan itu, aku terus bangun, terasa betapa indahnya masa tu, mengubati saat-saat yang sama seperti aku menerima berita kesedihan pemergian ayahku yang dikejutkan dari tidur 2 tahun yang lepas, aku merasakan inilah insan yang penting dalam hidup aku, yang perlu aku teruskan perasaan sayang aku pada arwah ayahku, dan pada masa itu aku terfikir "Ayah pasti gembira mendapat berita ini kan?"


 

Hari pertama Muiez Al Amin melihat dunia, dia hanya melihat apa yang di sekitarnya tanpa sebarang tangisan. Akhirnya debaran selama 9 bulan itu, beginilah rupanya Muiez Al Amin tu. Sangat kacak dan aku sendiri pun tak sekacak anakku (saje je berseloroh, mengurangkan kesedihan) :-D

Dan hari ini, Muiez semakin membesar, banyak perubahan yang dapat dilihat saban hari, dan aku dapat katakan, mungkin aku antara ayah yang bertuah kerana dikurniakan anak yang sangat menghiburkan hati, membuatkan hatiku sejuk, tenang dan lupa dari kisah-kisah hitam yang lama.

Dan satu hari nanti, aku pasti akan mengikuti arwah ayahku, pulang ke Rahmatullah dan pada masa itu mungkin anakku akan mengingati diriku, kerana azamku ingin menjadi ayah yang baik, menyayanginya sebagaimana ayahku menyayangi diriku ketika beliau masih hidup. Dan mungkin juga dari sini, dari apa yang aku coretkan di sini dapat menggambarkan betapa sayangnya diriku pada Muiez Al Amin, sayang yang melebihi dari seluruh nyawaku.

-SEKIAN-


AKU BAHAGIA :-)













No comments:

Post a Comment