Sunday, June 20, 2010

epilog manusia celaka

aku tak tau kenapa sejak kebelakangan ini aku merasakan seperti memendam dendam kesumat yang mendalam, membakar jiwa aku hari kian hari, membatukan amarah di dalam hati, seolah-olah betapa aku perlu melepaskan kebencian ini segera.

aku sangat membenci insan-insan tersebut, yang terus menerus menghina dan menjatuhkan seorang yang aku sayangi, yang sangat berharga buat aku, setelah beliau kehilangan orang yang tersayang, seolah olah semua orang yang pernah dia jaga, didik, kini menghinanya, mencaci, dan menaburkan fitnah-fitnah.

begitulah, apabila kita bergaduh dengan orang lain, dendamnya pasti tidak akan sama seperti dendam antara darah daging sendiri, yang membakar, seolah-olah tidak boleh dipadamkan apabila api ini tercetus, dan hanya perlu dibiarkan ianya terpadam sendiri. dan sekiranya ianya perlu menunggu untuk terpadam sendiri, BERAPA LAMAKAH IANYA AKAN TERPADAM?

aku tiada lagi tempat meluahkannya, melainkan disini sahaja tempat aku untuk mengatakannya, apa yang di dalam hatiku dan kini dendam kesumatku semakin memuncak, kebencian menyelubungi seluruh jiwa dan seperti ingin ku lakukan sesuatu untuk menghancurkan manusia itu, dan seolah-olah kini pertimbangan ku bagaikan telur di hujung tanduk, setelah hampir 10 tahun aku memendam rasa benci yang mendalam ini, KINI AKU BERTEKAD UNTUK MELAKUKANNYA.

Seperti yang aku katakan, dendam di antara darah daging sendiri bagaikan API MEMBARA YANG TIDAK BOLEH DIPADAMKAN, namun perlu dibiarkan begitu sahaja. Membakar dan terpadam sendiri.dan di sini, aku sentiasa mendoakan agar kau, yang menghina ibu ku, mencaci ibu ku, tunggulah hari pembalasanku akan tiba.

1 comment:

  1. Salam,
    Dapat rasakan kebencian yang sama.
    Pun begitu, bersabarlah...

    Pembalasannya tak perlu datang dari kita...
    Berserah diri pada yang Maha Esa..

    Semoga hang dan famili diberi kekuatan mengharungi 'ujian' nih.

    ReplyDelete