Sunday, January 31, 2010

Masih Lagi Dalam Kesibukan

Hajat di hati nak buka online store, tapi masih lagi dalam peringkat perancangan, bisnes takleh dah nak tangguh-tangguh, hatta nak buat blog jualan sekalipun, bukanlah semudah yang disangka... :-(

Blog sudah terbina, pattern blog pun sudah ada, namun yang masalah sekarang ni ialah kualiti foto katalog produk mula membimbangkan aku, gambar tak clear sangat la, lepas tu over exposed-lah, takkan aku nak kena belajar fotografi dulu baru nak bubuh gambar? Hmmmm, sememangnya untuk membuka laman/ blog perniagaan...secara teorinya kita lihat persembahan mestilah menarik, harga kompetitif dan maklumat yang jujur adalah perlu.

Namun kualiti fotografi masih tetap membimbangkan aku, takkan aku nak tunggu 2-3 bulan lagi? Jadi kadang-kadang kita lihat pengalaman juga mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding melengkapkan teori dan ilmu pengetahuan itu sendiri.

Melihatkan keadaan ini, aku mesti mempertimbangkan aspek yang lebih pragmatik, iaitu buat dulu, baru belajar memperbaiki. Dengan kata mudahnya, mementing praktikal dan segala kesilapan yang timbul dalam proses itu, kita atasi satu persatu.

AKU SEMEMANGNYA MEMERLUKAN VISI. :-)

No comments:

Post a Comment